Najib Razak Tekad Beri Impak Positif Kepada Masyarakat India

Depavali

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad untuk memberi impak yang positif terhadap kehidupan masyarakat India di negara ini seiring dengan kecemerlangan negara.

Dalam satu kenyataan beliau berkata kemeriahan sambutan Deepavali tahun ini adalah sangat istimewa dengan aspirasi dan azam diukir dalam Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dilancarkan April lepas.

“Kini Deepavali kembali, menyerikan suasana. Pelita yang dinyalakan dan kolam yang dihias mencerminkan suasana meriah dalam kedamaian,” katanya dalam perutusan Deepavali menerusi Facebook beliau, pada Isnin.

Najib berkata pencapaian Malaysia yang sama-sama dapat dilihat dan dinikmati pada hari ini meletakkan negara pada tahap yang amat membanggakan.

“Walaupun semakin hari kita semakin pantas mendaki puncak kemodenan dengan pelbagai kemudahan yang tersedia, namun keunikan budaya tetap kekal kita pelihara.

“Selamat Menyambut Hari Deepavali. ‘Deepavali Vaalthukal’,” katanya merujuk sambutan perayaan itu Rabu ini.

Pada 23 April lepas, Najib melancarkan MIB sebagai satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan komuniti India di negara ini bagi tempoh 10 tahun akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.