Yusof Apdal Ikrar Tetap Taat Setia Kepada UMNO

Yusof-Apdal

KOTA KINABALU, 26 Okt – Sungguhpun direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar di negeri ini, ADUN Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal tetap setia kepada Umno.

Beliau juga melafazkan ikrar taat setia untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk terus memperjuangkan Umno.

“Saya sentiasa bersama Umno dan akan terus kekal dengan Umno.

“Saya akan sentiasa bersama kepimpinan parti (Najib), pengerusi perhubungan negeri (Musa) dan rakan-rakan lain untuk memenangi pilihan raya akan datang,” katanya pada satu sidang akhbar khas di sebuah pusat perubatan swasta di sini.

Mohd Yusof mengadakan sidang akhbar itu di sebuah pusat perubatan swasta di sini di mana beliau dimasukkan ke wad sejak semalam bagi rawatan masalah buasir yang dialaminya.

Beliau turut berterima kasih kepada penyokongnya dan menasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah politik mana-mana pihak mengenai penahanannya itu.

Mohd Yusof turut menghargai tanggungjawab yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dan mencari penjelasan kepada kes itu yang melibatkan dana untuk pembangunan rakyat di luar bandar.

Sambil menyatakan keengganannya untuk mendedahkan siasatan SPRM terhadapnya, beliau berkata suruhanjaya itu telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan profesional.

“Semasa dalam tahanan, mereka (SPRM) telah melayan saya dengan baik dan mesra dan memberi saya peluang ketika saya memerlukan rawatan kesihatan sebanyak dua kali.

“Mereka bertindak profesional dan tiada yang mereka lakukan di luar Prosedur Operasi Standard (SOP) SPRM,” katanya.

Ditanya mengenai hubungannya dengan abangnya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang turut ditahan SPRM, beliau menjawab walaupun tidak sependapat dengan Mohd Shafie mengenai hal politik, hubungan mereka sebagai adik-beradik tidak terjejas.

Mohd Yusof, yang juga Ketua Umno Bahagian Silam, ditahan SPRM pada 17 Oktober lalu dan direman sejak 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Beliau dibebaskan pada Isnin lalu lepas dengan ikat jamin SPRM RM100,000 dengan RM 50,000 deposit berserta dua penjamin tempatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.