Tiger Woods Terlepas Hukuman Penjara

Screen Shot 2017-10-28 at 10.00.42 AM

WASHINGTON, 28 Okt – Tiger Woods mengaku bersalah di mahkamah Florida awal pagi tadi kerana memandu dengan cuai kata peguam negeri, selepas polis menemui juara golf itu tertidur di dalam Mercedes-Benz miliknya di tepi jalan Mei lalu.

Di bawah perjanjian pengakuan dicapai di Palm Beach County, utara Miami, Woods tidak akan menjalani hukuman penjara kecuali dia melakukan kesalahan besar ketika tempoh percubaan.

Perjanjian itu memerlukan juara 14 kejohanan major itu menghabiskan setahun tempoh percubaan, membayar denda AS$250 (RM1,000), melakukan 50 jam khidmat masyarakat dan melengkapkan “DUI (memandu dalam pengaruh) sekolah”, antaranya kata Dave Aronberg, peguam negeri buat Palm Beach County, kepada AFP.

“Dia tenang” ketika membuat pengakuan kata Aronberg.

Woods, 41, didapati memiliki lima dadah dalam sistem badannya, termasuk ubat tahan sakit opioid, hydrocodone, ketika dia ditahan pada 29 Mei di Jupiter, Florida, menurut laporan toksik dikeluarkan polis pada ketika itu.

Mereka menahannya kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

Laporan toksik juga menunjukkan kehadiran ubat tahan sakit yang kuat hydromorphone; dadah untuk kebimbangan alprazolam (juga dikenali sebagai Xanax); dadah tidur zolpidem (juga dikenali sebagai Ambien) dan THC, komponen kimia ganja.

Woods memberitahu polis, dia mengambil Vicodin dan Xanax bagi menangani masalah sakit belakang kerana pembedahan yang dilakukannya pada April buat kali keempat. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.