Pegasas Alibaba Setuju Promosi Malaysia Secara Dalam Talian

Jack-Ma-says-‘Founding-Alibaba-was-biggest-Mistake-of-My-Life_

SEPANG, 3 Nov – Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma bersetuju mempromosikan Malaysia secara dalam talian kepada penggunanya di China menerusi kempen selama seminggu, tahun depan.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis Zon Bebas Perdagangan Digital (DFTZ) Goes Live di sini, hari ini.

Najib berkata, menerusi persetujuan itu, Jack Ma akan mempromosikan produk makanan, kebudayaan dan pelancongan kepada pengguna di China menerusi platform perniagaan digitalnya, Alibaba.

“Jack Ma bersetuju memilih Malaysia sebagai negara pertama yang akan dipromosikannya menerusi kempen dikenali sebagai Malaysian Week (Minggu Malaysia) dalam tempoh seminggu, tahun depan.

“Beliau memaklumkan menerima banyak permohonan dan permintaan dari negara lain untuk dipromosikan namun, memilih Malaysia sebagai negara pertama,” katanya.

Ma memulakan syarikatnya sebagai industri kecil dan sederhana, pada 1999.

Kini, Alibaba menjadi syarikat e-dagang terbesar di China, manakala Ma memiliki kekayaan dianggar bernilai AS$37.1 bilion (RM155.7 bilion).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.