Mahkamah Jepun Jatuhkan Hukuman Mati Terhadap ‘Bekas Jutawan’ Kerana Membunuh Suami

Screen Shot 2017-11-07 at 2.04.18 PM

TOKYO, 7 Nov – Sebuah mahkamah Jepun hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas jutawan wanita yang digelar ‘Black Widow’ selepas memperdaya beberapa orang teman lelakinya untuk meminum racun sianida bagi mendapatkan wang insuran dan harta warisan.

Chisako Kakehi, 70, dijatuhi hukuman itu oleh Mahkamah Daerah Kyoto selepas didapati bersalah membunuh tiga lelaki, termasuk suaminya dan cubaan membunuh seorang lagi mangsa.

“Tertuduh membuat mangsanya meminum sebatian sianida dengan niat membunuh dalam semua empat kes,” kata Hakim Ayako Nakagawa.

Nakagawa turut menolak bantahan peguam bela bahawa Kakehi tidak bersalah kerana dia menderita penyakit demensia.

Pendakwa raya berkata, dia membunuh semua lelaki itu selepas mereka menjadikannya pewaris polisi insuran nyawa bernilai berjuta-juta dolar.

Dia dilaporkan mengumpulkan satu bilion yen (RM37 juta) sepanjang 10 tahun, namun kehilangan sebahagian besar kekayaan itu akibat perdagangan kewangan yang tidak berjaya. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.