JAKIM Sifatkan Isu Larangan Pekerja Hotel Bertudung Bertentangan Dengan Perlembagaan

Screen Shot 2017-11-15 at 1.27.53 AM

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau menyifatkan dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan di sesetengah rangkaian hotel di negara ini sebagai perkara tidak berasas.

Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah jelas berdasarkan status Islam di negara ini dan prinsip kebebasan dalam beragama.

“Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat hari ini.

Asyraf Wajdi menjawab soalan Datuk Dr Khairudin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkenaan pendirian Jakim tentang isu pemakaian tudung.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.