1MDB Lunas Bayaran Hutang IPIC

1mdb-ipic

KUALA LUMPUR, 27 Dis – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah melunaskan bayaran penuh keseluruhan hutang kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan berdasarkan kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC, 1MDB sudah membayar penuh kepada IPIC, semua dana yang diperlukan untuk dibayar kepada IPIC.

“1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember 2017.

“Semua bayaran kepada IPIC daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, IPIC dalam kenyataannya di Bursa Saham London berkata, ia sudah menerima semua jumlah yang perlu dibayar menjelang 31 Disember 2017, di bawah pembayaran dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan 1MDB serta Anugerah Persetujuan yang dimeterai pada 9 Mei lalu.

1MDB perlu membayar kira-kira AS$600 juta kepada IPIC menjelang 31 Disember ini, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dipersetujui pada April lalu, selepas 1MDB gagal membayar bonnya.

Ia menyebabkan IPIC meminta mahkamah di London menimbang tara tuntutan pembayaran berjumlah AS$6.5 bilion.

1MDB pada mulanya bersetuju untuk membayar AS$1.2 bilion secara dua kali ansuran kepada IPIC dengan yang kali pertama berjumlah kira-kira AS$600 juta sebelum 31 Julai lalu.

Namun, syarikat itu terlepas tarikh akhir bayaran disebabkan perlu mendapatkan ‘kelulusan pengawal selia’ dan bayaran dibuat pada Ogos.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.