MB Negeri Sembilan Masih Digantung Selepas Menerima Kad Merah 40 Tahun Lalu

SEREMBAN 3 Jan. – Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hasan mengesahkan beliau digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan kira-kira 40 tahun lalu.

MB n9 bolaMenurutnya, walaupun kini sudah bergelar Presiden PBNS, beliau tidak mahu penggantungan itu ditarik balik kerana mengakui kesalahannya dalam insiden tersebut.

Mengimbau semula insiden itu, beliau berkata, ia berlaku dalam final liga tempatan pada tahun 1977 melibatkan pasukannya, NS Malays dengan NS Indians di padang NS (kini dikenali sebagai padang Majlis Perbandaran Seremban).

“Dalam perlawanan itu, saya bermain sebagai pertahanan ditugaskan mengawal pemain kebangsaan, G. Torairaju dan permainannya sangat bagus, dia laju.

“Saya dilayangkan kad kuning (selepas mengkasari Torairaju) tetapi saya bantah dan tendang bola sehingga terkena pengadil. Pengadil tunjukkan kad merah, saya rampas kad dari tangan pengadil dan baling lalu tersangkut di atas pokok.

“Saya tidak boleh bermain lagi selepas itu, ia adalah perlawanan terakhir saya secara rasmi,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas pembabitannya dalam sukan itu selepas insiden kad merah dalam perlawanan yang berakhir 1-1 itu dikongsi oleh seorang pemilik akaun Facebook baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, terdapat usul oleh ahli majlis PBNS kira-kira tujuh atau lapan tahun lalu untuk menamatkan penggantungan itu.

“Tetapi saya kata tidak perlu, kerana saya salah dan saya layak dibuang padang,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.