Rafizi Ramli Hanya Pandai Temberang

rafizi-nfc-1

Ahli Parlimen Pandan yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA). Dia dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan Pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Dalam persediaannya sebelum keputusan mahkamah itu diumum, Rafizi mengeluarkan kenyataan melalui video berdurasi empat minit yang diviralkan dalam cubaannya untuk menjustifikasi tindakannya itu. Antara lain dia mendakwa bahawa kebanyakan dana awam RM250 juta untuk tujuan membantu petani miskin, akhirnya digunakan untuk membeli kondominium mewah dan membiayai perniagaan lain.

Dakwaan itu jelas tidak benar. Kira-kira dua pertiga daripada jumlah dana itu sebenarnya dilaburkan dalam perniagaan, membina infrastruktur bagi ternakan lembu pedaging, membeli lembu dan makanannya selain keperluan perniagaan lain, manakala bakinya disokong oleh kerajaan.

Sejumlah wang digunakan untuk pelaburan hartanah dan ia adalah pelaburan yang tidak bercanggah dengan undang-undang, dibuat bagi pihak kumpulan syarikat. Rafizi disaman kerana membuat dakwaan itu dan didapati bersalah.

Rafizi dalam video itu juga menyentuh perniagaan lain berkaitan fidlot, seperti syarikat memproses daging lembu, syarikat pengedaran, restoran berkaitan makanan daging lembu dan banyak lagi. NFC sebenarnya menggajikan ratusan pekerja bagi menyediakan bekalan lembu yang mencukupi untuk negara.

Malah, Rafizi juga mendakwa bahawa tiada sesiapapun yang terbabit dalam skandal itu, pernah didakwa. Malah, katanya, hanya dia dan Johari (bekas kerani bank, Johari Mohamad, 47, yang didakwa bersubahat dengannya) sahaja yang didakwa berkaitan kes itu.

Bagaimanapun, rujukan mendapati Dr Mohamad Salleh didakwa di mahkamah dan selepas beberapa tahun menghadapi kes itu, beliau didapati tidak bersalah. Jelas sekali, ini satu lagi tuduhan yang tidak benar.

Rafizi juga mendakwa jutaan rakyat Malaysia menanggung akibat daripada kegagalan NFC. Harga daging lembu juga dikatakan kekal tinggi dan sejak kebelakangan ini menjadi terlalu mahal bagi kebanyakan rakyat.

Sebenarnya, NFC beroperasi penuh hanya bagi tempoh tiga tahun apabila Rafizi membuat serangan sensasi dan baru ketika syarikat itu dalam proses hendak memulakan perniagaan. Masa tiga tahun masih terlalu awal untuk menghakimi perniagaan sebesar ini dan untuk mengatakan ia gagal, adalah tidak adil.

Masalah paling besar adalah kempen putar belit secara besar-besaran oleh pembangkang sehingga mempengaruhi pelanggan untuk tidak membeli produk NFC. Tindakan itu sebenarnya memusnahkan perniagaan sebelum ia bermula, dan menafikan pasaran bagi membekalkan daging berkualiti tinggi.

Malah, Rafizi juga mendakwa RM250 juta tidak pernah dikembalikan sepenuhnya. Ia adalah pinjaman, yang mesti dibayar balik dan proses pembayaran balik sudah pun dilakukan sebelum perniagaan berkenaan diheret dalam kes ini. Jelas, Rafizi dan pasukannya mahu memastikan perniagaan itu gagal, sekali gus mahu menggagalkan pembayaran pinjaman.

Projek sebesar itu agak mahal dan matlamatnya untuk menyediakan platform bagi petani tempatan menyertai bidang ternakan, dan menjamin keuntungan, di samping memajukan industri ternakan negara. Malangnya, rancangan itu dimusnahkan ketika ia baru sahaja dimulakan.

Rafizi kononnya memberi gambaran bahawa apa yang dilakukannya berniat baik. Tetapi seseorang yang berniat baik tidak akan memecah masuk ke dalam pangkalan data bank dengan bersubahat bersama orang dalam mencuri maklumat perbankan peribadi dan menggunakannya untuk membuat dakwaan mengelirukan, mengheret negara ke arah kemusnahan demi kepentingan politik peribadi.

Persoalannya, bolehkah seseorang bertindak sesuka hati, tanpa menghiraukan undang-undang, mengelirukan orang ramai semata-mata untuk mencapai cita-cita politik? Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam memutuskan ia tidak boleh dilakukan seperti dibuat Rafizi.

Sudah menjadi pengetahuan umum, Rafizi suka membuat kenyataan kontroversi menggunakan pendekatan ‘tembak dulu, kebenaran belakang kira”.

Antaranya, beberapa bulan lalu beliau pernah mempertikaikan pemberian tender penganjuran Expo Negaraku 2017 di bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE) diberikan kepada syarikat Raslan Dahlan yang didakwanya abang kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Terbukti, kedua-duanya tiada kaitan keluarga. Berikutan itu, Abdul Rahman mengemukakan surat tuntutan terhadap Rafizi bertarikh 5 Januari lalu untuk menerbitkan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

Pada Julai 2012, Rafizi pernah mendakwa kos pembinaan MRT akan melonjak sebanyak tiga kali ganda kepada RM100 bilion. Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kos bagi projek MRT itu hanya RM21 bilion dan mengikut jadual serta berjaya mengurangkan kos sebanyak RM2 bilion daripada unjuran asal.

Rafizi juga memfitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung salah laku sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor. Abdul Khalid membawa kes itu ke mahkamah dan menang saman fitnah pada Ogos 2014. Malah, PKR juga mengemukakan permohonan maaf secara terbuka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.