SPR Tempah Helikopter Di Sabah Untuk April Dan Mei

spr-650x400

SHAH ALAM, 22 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan telah menempah semua helikopter daripada dua syarikat perkhidmatan pengangkutan udara itu di Sabah, untuk digunakan pada April dan Mei.

Memetik laporan The Star, dua syarikat berkenaan, Sabah Air Aviation Sdn Bhd dan Layang-Layang Helicopter Academy Sdn Bhd mengesahkan 22 helikopter ditempah dalam tempoh itu.

Manakala di Sarawak, sumber portal itu membayangkan tempahan sama turut dibuat pada tempoh berkenaan.

Helikopter adalah antara pengangkutan utama yang digunakan di kedua-dua negeri itu ketika pilihan raya untuk menghantar peti undi dan pegawai ke stesen mengundi di kawasan pedalaman serta lokasi di kepulauan sekitarnya.

The Star melaporkan pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, SPR menyewa 38 buah helikopter dengan kor RM33.4 juta.

Pada pilihan raya 2013, suruhanjaya itu menggunakan 27 buah helikopter dan dua pesawat kecil di Sarawak bersama 780 buah bot, 56 bot laju dan 4,810 kenderaan pacuan empat roda.

Advertisements