Dr Mahathir Sanggup Tanding Di Bawah Tiket DAP Pada PRU-14

mahathir-DAP-640x320

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sanggup bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik dalam Pakatan Harapan termasuk DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dibubarkan.

Pengerusi PPBM itu berkata perkara itu antara pilihan yang sedang difikirkan susulan kemelut dalam partinya yang berdepan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Saya terbuka, malah saya sedia bertanding untuk DAP, mungkin presiden DAP,” katanya dengan sinis pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di bangunan Parlimen pada Selasa.

Beliau diminta mengulas sama ada PPBM akan meletakkan calonnya dan bertanding menggunakan tiket rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang pada PRU14 jika parti itu dibubarkan.

Ditanya sama ada kemelut yang melanda PPBM itu menjadi halangan bagi pakatan itu pada PRU nanti, Dr Mahathir berkata:”Memang, jika mereka (RoS) tidak meluluskannya, akan jadi sukar, tetapi kami akan berkempen sebagai Pakatan Harapan.”

Baru-baru ini, RoS mengeluarkan notis kepada PPBM mengkehendaki parti itu menyerahkan maklumat serta dokumen termasuk minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta penyata kewangan parti kepada jabatan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.