Barisan Nasional Bersedia Umum Calon PRU-14 Lebih Awal – Najib Razak

najib-bn

SYDNEY, 18 Mac – Barisan Nasional (BN) akan memecah tradisi dengan menamakan lebih awal calon pilihannya bagi bertanding dalam Pilihan Raya Umum berbanding amalan biasa sebelum ini.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi PRU-14 beliau akan mengumumkan calon parti komponen BN ‘lebih awal’ tetapi tidak ‘terlalu awal’.

“Kebiasaannya, nama akan diumum 48 jam atau dua atau tiga hari sebelum hari penamaan calon tetapi kita akan awalkan kali ini, tetapi tidak terlalu awal.

“Ini kerana kalau ada isu berbangkit di mana-mana kawasan, kita akan mempunyai cukup masa bagi menangani dan membetulkannya.

“Ini juga akan membolehkan calon membuat persediaan lebih baik bagi menghadapi hari mengundi apabila sudah mengetahui di mana mereka akan bertanding,” katanya pada sidang media mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Australia bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 di sini, hari ini.

Mengenai syor supaya BN mengumumkan lebih awal calon parti komponen itu untuk jawatan Menteri Besar Selangor, Najib berkata beliau akan mempertimbangkan, hanya jika ada konsensus yang kukuh dalam kalangan parti komponen.

“Jika ada konsensus dalam BN, kenapa tidak? Tetapi perlu ada konsensus yang baik dalam kalangan BN untuk kenal pasti calon yang berpotensi jadi Menteri Besar.

“Jika ada konsensus dalam kalangan pemimpin BN, maka kita akan mengumumkan calon kita yang berpotensi jadi Menteri Besar , bersama senarai calon,” katanya.

Ditanya mengenai senarai calon, Najib berkata ia belum dimuktamadkan kerana beberapa proses termasuk antara lain, saringan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum selesai.

“Kita masih menyemak senarai…boleh dikatakan sudah muktamad, tetapi perlu sedikit masa untuk meneliti senarai ini lebih lanjut. Kita juga, antara lain, masih menunggu laporan penilaian SPRM.

“Senarai yang kita ada bukan muktamad, ia bukan muktamad sehingga pengumuman dibuat dan calon menerima surat masing-masing. Bila mereka terima surat, ia muktamad.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.