Kenapa Suruhanjaya Pilihan Raya Perlu Mengadakan Persempadanan Semula?

 

SPR-Parlimen-685x320

BERDASARKAN Perkara 113(2) Perlembagaan Per­se­kutuan, Suruhanjaya Pi­­lihan Raya (SPR) bertanggungjawab melakukan ka­jian semula persempadanan bagi Persekutuan dan negeri-negeri kepada bahagian pilihan raya di seluruh negara dalam satu tempoh tidak kurang daripada lapan tahun yang dikira dari tarikh selesainya urusan yang sama sebelum ini.

Selepas kajian semula persempadanan selesai dijalankan, SPR hendaklah menyi­apkannya tidak melebihi dua tahun dari tarikh kajian itu bermula.

Urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya yang pertama dijalankan oleh SPR adalah pada tahun 1958 apabila Persekutuan Tanah Melayu ketika itu dibahagikan kepada 104 bahagian pilihan raya Parlimen (P) dan 282 bahagian pilihan raya negeri (N).

Ini diikuti dengan beberapa urusan kajian semula di Semenanjung dan Sabah pada setiap lat tempoh sekurang-kurangnya lapan tahun iaitu pada tahun 1966 (P-100, N-282), 1974 (P-114, N-312), 1982 (P-114, N-312), 1990 (P-133, N-351) dan 2003 (P-222, N-576).

Untuk makluman kali terakhir kajian semula persempadanan di­siapkan untuk bahagian pilihan raya Parlimen serta negeri bagi Semenanjung dan Sabah adalah pada 21 Mac 2003.

Persempadanan baharu itu kemudian mula dikuatkuasakan pada 2 Mei 2003.

Dengan mengambil kira tempoh terakhir tersebut, SPR perlu membuat kajian semula persempa­danan bahagian-bahagian pilihan raya Par­limen serta negeri bagi setiap negeri di Semenanjung dan Sabah pada bila-bila masa selepas 21 Mac 2011.

Langkah itu sejajar dengan peruntukan Perkara 113(2)(ii) Perlembagaan.

Dalam pada itu melalui pengisyti­haran Notis Persempadanan pada 15 September baru-baru ini, bermulalah secara rasmi urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya yang baharu.

Kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya dikira bermula secara rasmi apabila SPR menyerahkan Notis Persempadanan kepada Perdana Menteri dan satu salinan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Pada masa sama, Notis Per­sem­padanan yang diwartakan itu di­siarkan sekurang-kurangnya dalam satu akhbar tempatan.

Semua pejabat pilihan raya negeri seluruh negara juga secara serentak akan mempamerkan semua cadangan per­­sempadanan berkenaan bersama dengan peta-peta bahagian pilihan raya yang baharu di semua tempat yang dinyatakan dalam Notis Persempadanan.

Cadangan persempadanan bahagian pilihan raya baharu itu kemudian dipamerkan selama satu bulan. Dalam tempoh tersebut, semua pihak yang layak di bawah Perlembagaan boleh membuat ban­­tahan, mengemukakan cada­ngan balas atau representasi ban­tahan kepada SPR melalui pejabat-pejabat pilihan raya negeri di seluruh negara.

SPR pula perlu meneliti setiap cadangan balas atau representasi bantahan yang diterima dan menetapkan tarikh-tarikh untuk diadakan siasatan tempatan bagi mendengar bantahan atau cadang­an balas yang diterima daripada pihak yang dibenarkan di bawah undang-undang tersebut.

Selepas selesai urusan siasatan tempatan dan setiap keputusan terhadap semua kes representasi bantahan atau cadangan balas yang didengar telah pun dikeluarkan, satu laporan akhir kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya akan disediakan oleh SPR.

Laporan itu turut mengandungi peta-peta yang menunjukkan cadangan persempadanan baharu.

Laporan akhir cadangan persempadanan tersebut akan diserahkan secara rasmi kepada Perdana Menteri mengikut Seksyen 8 Bahagian II Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan bagi membolehkannya dibentang dalam sidang Dewan Rakyat.

Sekurang-kurangnya separuh undi Ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Undangan Negeri) diperlukan bagi membolehkan cadangan kajian semula persempadanan itu diluluskan. Jika diluluskan perintah persempadanan semula akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan dan ditandatangani oleh Seri Paduka.

Sebaliknya jika tidak mendapat sokongan atau dengan undi majoriti memutuskan supaya pindaan atau pengubahsuaian sewajarnya dibuat, Perdana Menteri boleh berunding dan menyerahkannya kembali kepada SPR untuk dibuat pindaan atau apa-apa pengubahsuaian mengikut butir-butir yang diputuskan oleh Dewan Rakyat atau apa-apa keputusan akhir oleh SPR.

Laporan akhir kajian semula persempadanan yang disiapkan selepas dibuat pengubahsuaian perlu dibentangkan sekali lagi dalam Dewan Rakyat (atau Dewan Undangan Negeri) mengikut yang berkenaan untuk kelulusan.

Setelah perintah persempa­da­nan semula mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, laporan itu perlu diwartakan supaya persempadanan bahagian-baha­gian pilihan raya yang baharu boleh dikuatkuasakan.

Seterusnya SPR akan menyelaraskan Daftar Pemilih Induk sedia ada dengan bahagian-bahagian pilihan raya yang diluluskan mengikut persempadanan yang baharu.

Urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya adalah satu proses yang telus dan mengikut undang-undang manakala representasi dan bantahan oleh pihak-pihak yang layak juga dibenarkan di bawah Perlembagaan.

Justeru, SPR perlu mendengar setiap bantahan dan seterusnya memberi penjelasan serta membuat keputusan sewajarnya.

Penulis yakin SPR sudah tentu mempunyai justifikasi dalam setiap syor kajian semula yang dicadangkan itu. Oleh demikian, mana-mana pihak yang layak di bawah undang-undang untuk membuat representasi dan bantahan perlu mengkaji secara teliti setiap kajian semula oleh pihak SPR itu.

Ini supaya apa-apa ban­tahan atau cadangan balas yang hendak dikemukakan perlu mempunyai justifikasi yang kuat dan tidak dipengaruhi dengan kepentingan politik kepartian atau kepentingan peribadi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

  • RSS PEMUDA SELEMPANG MERAH

    • SEKALI LAGI KIT SIANG DI SEKOLAHKAN NAJIB January 18, 2019
      KUALA LUMPUR 18 Jan. - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi 'cikgu' kelas Pengetahuan Am menyekolahkan pengkritik kononnya beliau baru berjumpa masyarakat Orang Asli di Cameron Highlands dan menolong pribumi asal Malaysia itu.Najib berkata, beliau merupakan individu yang meluluskan bajet membantu masyarakat Orang Asli u […]
      noreply@blogger.com (Ila Firdaus)
  • RSS penaminangreturn.blogspot.com

    • KESATUAN DAN PERPECAHAN December 20, 2018
      Ibnu Taimiyyah berkata,Yang menyebabkan kesatuan dan kerukunan adalah : menjaga agama dan melaksanakan semua ajarannya. Iaitu beribadah kepada ALLAH semata-mata, tiada sekutu bagi-NYA - sebagaimana diperintahkan - baik lahir mahupun batin.Sedangkan yang menyebabkan perpecahan adalah : meninggalkan hal-hal yang diperintahkan kepada hamba.Buah dari kesatuan ad […]
      noreply@blogger.com (pena minang)
  • RSS UMNO Online

    • Suasana Program Ceramah Perdana Di Kg. Keledek January 18, 2019
      JELAI 18 JAN — Sebahagian penduduk setempat yang hadir memberikan sokongan kepada calon BN , Ramli Mohd Nor di Program Ceramah Perdana bersama kepimpinan Pas Pusat di Simpang 3 Kg. Keledek sempena Pilihanraya Kecil P.078 Cameron Highlands malam ini.- Foto : MediaUMNO
      Editor Foto
  • RSS sebastianphiu

    • foodland ad boaz June 10, 2016
      foodland ad boaz Shop the deals! In the event that you have a few supermarkets close by, go to a few of them to get the great arrangements (make sure you aren't voyaging too far or the cash reserve funds will be eaten up by gas costs). Cut coupons. I know you have heard it again and again yet coupons can truly spare you cash. The most compelling motivat […]
      noreply@blogger.com (Bettie P. Wilson)
  • RSS Taiping Central Blog Harapan Melayu

    • HOT - Payudara Pelakon Nabila Di Pertikai.. November 17, 2013
      Pelakon Nabila Huda dilihat sebagai ikon fesyen tempatan apabila selalu tampil dengan gaya urban dan kena dengan peredaran zaman sekarang, namun tak semua yang gemar cara dia berpakaian kerana ada yang menganggap ianya terlalu seksi dan tidak sopan.Malah, baru-baru ini sekeping foto seksi yang mendedahkan sebahagian payudaranya di dalam laman Instgram telah […]
      noreply@blogger.com (taipingcentral_harapan melayu)
  • RSS Daeng Selili Return

    • Sultan Johor Tidak Layak Jadi Agong?! January 2, 2019
      Tular didalam sosial media yang mengatakan ada gerakan yang mahu menafikan giliran DYMM Tuanku Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong atau Raja Malaysia setelah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Isnin berangkat meninggalkan Istana Negara setelah menamatkan tugas memangku Yang di-Pertuan Agong selama dua bulan. [sumber]Dan hal ini baru diterima dalam p […]
      Haji Harun Noor Ismail