Kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang Takut Dengan Kempen ‘Buy Muslim First’?

Ketua Menteri Pulau Pinang
“Kenapa orang Islam kena dengar cakap beliau? Kenapa beliau takut sangat pada kempen Beli Produk Muslim sampai terpaksa mengeluarkan kenyataan sebegini?”

KUALA LUMPUR, 11 Sept – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang cuba menghalang kempen Beli Produk Muslim Dahulu di negeri itu hanyalah sia-sia dan orang Islam tidak mungkin mengikuti saranan pemimpin DAP itu.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya berkata, tindakan itu hanya memperlihatkan Kon Chow dalam ketakutan dengan kempen itu hingga terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Kenapa orang Islam kena dengar cakap beliau? Kenapa beliau takut sangat pada kempen Beli Produk Muslim sampai terpaksa mengeluarkan kenyataan sebegini?

“Sebenarnya kenyataan beliau ini hanya akan membakar semangat umat Islam untuk membeli produk-produk dan di kedai-kedai milik Muslim.

“Perjuangan masih belum selesai. Banyak lagi usaha kita dalam memperkasakan ekonomi umat Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kerajaan negeri Pulau Pinang beranggapan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ yang dilancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu Ahad lalu, sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.

Kon Yeow, berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk campur tangan dalam kempen itu yang dianggap tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan keharmonian masyarakat.

Katanya, kempen itu akan menjadi usaha yang sia-sia dan tidak produktif kepada ekonomi dan harus dibatalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.