LTTE: Ahli Majlis, Pegawai Eksekutif Teknologi Hijau, Guru Sekolah Antara Lima Suspek Yang Ditangkap

Screen Shot 2019-10-14 at 12.16.59 AM
“Kita kena ingat polis mempunyai asas untuk tangkap mereka tapi selepas ditangkap, kita perlu mengadakan siasatan susulan berkaitan transaksi kewagan. Sebelum ini kita tak dapat maklumat. “Tapi apabila ditangkap kita memperhalusi telefon bimbit dan komputer riba mereka hasil soal siasat awal mereka mengesahkan wujud transaksi awal dan lepas siasatan lengkap baru kita akan tuduh di mahkamah.

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan, guru sekolah menengah dan Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka antara lima lagi suspek ditangkap kerana disyaki terlibat dengan Kumpulan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di negara ini.

Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 52 tahun telah ditangkap dalam operasi di Teluk Panglima Garang, Banting di Selangor, Melaka dan Pulau Pinang oleh Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman pada 12 Oktober semalam antara pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia susulan kepada tangkapan tujuh orang suspek termasuk dua ahli DAP.

Dalam operasi pertama, katanya, suspek seorang guru sekolah menengah di Teluk Panglima Garang berusia 52 tahun ditahan kerana terlibat dalam memprosi dan menyokong kumpulan pengganas LTTE menerusi sebaran ideologi dalam sosial media selain memiliki item-item berkaitan LTTE.

Manakala suspek kedua dan ketiga masing-masing merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Ahli Majlis Bandaraya Melaka dan berusia 38 dan 43 tahun telah ditangkap di Durian Tunggal, Melaka.

“Kedua dua individu berkenaan dipercayai penganjur majlis sambutan Hari Peringkatan Perwira LTTE pada 28 November lalu di Melaka apabila turut mengedarkan risalah, buku, serta item-item khsusunya bendera sebagai usaha mengaktifkan semula pergerakan itu.

“Suspek keempat dan kelima masing-masing berusia 26 dan 29 tahun ditangkap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang kerana telibat mempromosi dan menyokong dalam media sosial serta menyimpan item item berkaitan LTTE yang mana kedua-duanya bekerja sebagai penyelia keselamatan dan pekerja kilang,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.

Tambah Ayub Khan, kelima-lima suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Bab 6A Kesalahan Pencegahan Keganasan dan Kanun Keseksaan dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Kesalahan Khas) atau SOSMA 2012.

Dalam perkembangan sama, katanya, polis merampas buku-buku, poster, gambar-gambar pemimpin LTTE serta item item kumpulan pengganas itu selain berjaya mengesan kewujudan transaksi kewangan dalam jumlah besar disyaki digunakan membiayai, mempromosi merekrut dan menggerakkan program berkaitan kumpulan keganasan antarabangsa itu.

“Polis akan melancarkan operasi susulan bagi mengesan dan membanteras saki baki elemen pengganas LTTE ini yang ada dalam Malaysia.

“Saya tidak boleh bagi jumlah spesifik sebab ini masih dalam siasatan awal tapi memang wujud transaksi kewangan dalam kalangan kelima lima suspek ini dan ingat bahawa dalam isu membiayi keganasan kadang-kadang RM100 boleh dianggap membiayai juga RM50 ringgit pun kita tuduh di mahkamah,

“Dalam soal keganasan jumlah tak jadi isu tetapi kesalahan yang jadi isu,” katanya lagi.

Menurutnya, peguam telah dilantik akan mewakili mereka dan polis akan membenarkan mereka akses kepada peguam dan ahli keluarga mereka selepas 48 ditangkap kerana itu prosedur polis kita akan maklumkan sejurus selepas tangkapan ahli keluarganya,” tegas beliau.

Ditanya mengenai rungutan beberapa masyrakat sivil aktivis hak asasi serta ahli politik serta peguam yang mempersoalkan tindakan polis tidak merakam kenyataan dan mendakwa di mahkamah kesemua suspek-suspek tanpa menahan di bawah SOSMA.

“Kita kena ingat polis mempunyai asas untuk tangkap mereka tapi selepas ditangkap, kita perlu mengadakan siasatan susulan berkaitan transaksi kewagan. Sebelum ini kita tak dapat maklumat.

“Tapi apabila ditangkap kita memperhalusi telefon bimbit dan komputer riba mereka hasil soal siasat awal mereka mengesahkan wujud transaksi awal dan lepas siasatan lengkap baru kita akan tuduh di mahkamah.

“Ini lagipun adalah kesalahan berkaitan keselamatan, bayangkan kalau kita panggil mereka ambil keterangan, adakah dia akan beri kerjasama? kita perlu rampas telefon bimbit dan laptop perlu adakan penggeledahan,”ujarnya.

Pun begitu beliau khuatir jika setakat dipanggil ambil kenyataan suspek-suspek akan bagi kenyataan sekadar asas sahaja dan polis tidak berhak merampas telefon bimbit atau komputer riba atau geledah rumah.

“Sebab itulah kesalahan keselamatan, tangkapan wajib supaya kami boleh geledah rumah, tangkap serta rampas barang-barang dan boleh merujuk forensik untuk lengkapkan kertas siasatan untuk pendakwaan, ini maysrakat kena faham,” katanya.

Beliau turut mengakui kewujudan kekerasan semasa tangkapan ada perkara biasa, yang mana seorang suspek ADUN DAP semasa tangkap dia mendakwa polis telah pecah pintu rumah..semasa tangkapan sebelum ini enggan memberi kerjasama membuka pintu sehingga memaksa polis pecahkan pintu bilik.

“Kita bukan pecah pintu rumah, kita pecah pintu bilik, kita tolak sahaja dan yang tangkap semalam pun sama tak nak buka pintu..tak buka pintu kita pecah je lah..

“Kita dah cakap  polis dan minta suspek beri kerjasama tapi tak nak kerjasama, takkan saya nak baca doa  zam zam alakazam…enggan beri kerjsama kita akan guna kekerasan itu saya pasti,, pecah pintu ke apa ke itu soal lain.. beri kerjasama,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.