Op Benteng Akan Dilaksanakan Secara Besar-Besaran Di Seluruh Negara – KPN

OP BENTENG
“Dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen, ‘transporter’ (pengangkut) dan pemilik premis ‘penampungan’ (rumah yang menempatkan PATI).”

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi penguat kuasa lain untuk melaksanakan Op Benteng secara besar-besaran di seluruh negara bagi memburu tekong serta anggota sindiket berhubung pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, pihak berkuasa berjaya menahan beratus-ratus tekong darat, ejen, ‘transporter’ (pengangkut) dan pemilik premis ‘penampungan’ (rumah yang menempatkan PATI).

“Tangkapan ini pasti memutuskan aliran masuk PATI melalui lorong tikus,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei lalui bawah National Task Force (NTF) dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.