Gopal Sri Ram Pujuk Apandi Ali Supaya Tangkap Najib Razak Berkaitan Isu 1MDB

gopal sri ram apandi
Mohamed Apandi mendakwa, Sri Ram turut memberitahu bahawa pihaknya dikatakan sudah mengatur polis Putrajaya untuk mengambil langkah perlu bawah arahannya (Mohamed Apandi) dan bagi majistret mengeluarkan perintah reman.

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mendakwa beliau dipujuk oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram supaya menahan Datuk Seri Najib Razak untuk didakwa atas kesalahan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mohamed Apandi dalam afidavit sokongannya mendakwa, kejadian itu berlaku pada Januari 2018 ketika Sri Ram mengunjungi rumah beliau bersama seorang peguam atas alasan untuk berbincang mengenai pelepasan akaun firma guaman yang dibekukan.

Beliau mendakwa, Sri Ram memberitahu bahawa beliau (Sri Ram) dikatakan dihantar oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk berjumpa dengan Mohamed Apandi dan mahu supaya Najib ditahan di pejabatnya, keesokan hari pada jam 2 petang.

Mohamed Apandi mendakwa, Sri Ram turut memberitahu bahawa pihaknya dikatakan sudah mengatur polis Putrajaya untuk mengambil langkah perlu bawah arahannya (Mohamed Apandi) dan bagi majistret mengeluarkan perintah reman.

“Katanya, saya akan menjadi wira di mata masyarakat dan Peguam Negara pertama yang menahan Perdana Menteri yang masih berkhidmat (ketika itu).

“Saya bertanya, atas alasan apa beliau perlu ditahan… jawabnya, tidak kisah apa alasan, ia akan membuatkan orang ramai gembira.

“Sri Ram memujuk saya dan beliau mahukan respons segera daripada saya… dengan sopan, saya meminta untuk memikirkan perkara itu dulu,” katanya.

Mohamed Apandi berkata, pada 26 Januari 2016, beliau memutuskan bahawa tiada kesalahan dilakukan Najib berkait tiga kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan RM2.6 bilion dan dua kertas siasatan membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Kandungan afidavit sokongan Mohamed Apandi itu adalah berhubung permohonan Najib untuk membatalkan kelayakan Sri Ram sebagai timbalan pendakwa raya kanan dalam kes pindaan Laporan Pengauditan 1MDB yang dihadapinya.

Bekas Perdana Menteri itu memohon perisytiharan bahawa ada konflik kepentingan antara pelantikan Sri Ram dan khidmat beliau (Sri Ram) sebagai peguam bela serta peguam cara.

Beliau juga memohon perisytiharan bahawa Sri Ram bertindak bertentangan kepentingan pelantikannya dengan menunjukkan sikap berat sebelah dan berniat jahat dengan mempunyai prasangka awal dan tanggapan awal sebelum beliau didakwa lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.