Pilihan Raya Tergempar Jalan Terbaik Untuk Selesaikan Isu Kemelut Politik Tanah Air – Mahdzir Khalid

mahdzir
“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli Parlimen kerajaan berapa, ahli Parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli Parlimen. Saya sebagai Ahli Parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri”.

KUALA NERANG, 21 JUN – Pilihan Raya Umum (PRU) tergempar adalah langkah penyelesaian terbaik terutama dalam meredakan isu-isu politik ketika ini terutamanya berhubung perbezaan jumlah Ahli Parlimen antara kerajaan dan pembangkang, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Sekarang ini banyak timbul persoalan, ahli Parlimen kerajaan berapa, ahli Parlimen pembangkang berapa, jadi pilihan raya ini perlu diadakan agar kita dapat satu kerajaan yang solid dari segi sokongan ahli Parlimen.

“Saya sebagai Ahli Parlimen Padang Terap juga memberi sokongan yang penuh kepada Tan Sri Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mahdzir turut menyokong kenyataan rakan sejawatnya dalam UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini dilaporkan mencadang agar Parlimen dibubar bagi membolehkan PRU-15 diadakan segera.

Dalam satu temubual dengan akhbar tempatan Ismail Sabri dipetik sebagai berkata, pilihan raya adalah jalan terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara dengan memulangkan semula kepada rakyat untuk membuat keputusan.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.